BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 10, 2010

Kesempurnaan

bila cinta itu membutakan
begitu juga dengan buta
niatmu tidak menghalalkan cara
insan bukanlah sempurna
namun tinggi darjatnya

jangan dikira apa yang kita buat
kiralah apa yang orang buat
jangan sombong dengan kelebihan kita
merendah diri berpada, mencari sempurna

jangan kekurangan itu menjadi alasan
dan sempurna itu bukan pilihan
langsung mundur perbuatan
gelap sudah kehidupan

bimbing dan dokong perubahan
jangan mengata hingga kebutaan
lalu tandus segala amalan
miskin lagi hina nilai iman

Wednesday, August 18, 2010

BIADAP


bijakmu tidak berempat
menghina orang tuanya kerana tinggi ilmu yang dibawa
pekakan telingamu dari mendengar cakap mereka
tidak tahu apa tujuan mereka

adakah bahagia membawa haluan sendiri
bodoh sombong,
berpindah randah berniaga mulut
modal ditabur hasilnya tidak terasa

ahhhhhhhhhhhhhh
perlukah beridolakan durhaka sepertimu????
biar ku sendiri menempuh hidup
ihsanmu tidak diperlukan

tidak kah kau pernah tefikir akan kelaurgamu????
btapa banyaknya hutangmu kepada mereka
kau tidak membayar malah berdusta
bebanya ditanggung bapa

sekian..............



Wednesday, July 21, 2010


SATU MALAYSIA

kawan dengar ini kawan
jangan nak asyik berlawan
negara kan jadi tidak aman

hidup bermasyarakat tidak dilupakan
tetapi jangan mengarapkan kebajikan
jika hendak mengapai awan

pandai pandai mencari kawan
kata yang dusta dihindarkan
jangan cetus kemarahan

hidup maju demi masa depan
kita harus menteladani zaman
tidak terlupa pada yang telah berkorban

sampai sini hasil nukilan
jumpa lagi jika berkesempatan
salam selamat mengakhiri tulisan

Saturday, April 24, 2010

PANTUN

burung hantu pungguk bertingkah
ayam berkokok sahut menyahut
mari bersama menjaga islah
tidak ditmpa perasaan takut

harimau mengaum kambing bertempiaran
gembala mencari dalam kekabutan
perjuangkanlah islam tetapkan iman
cahaya dicari dalam malam kedinginan

terbang bebas si burung terkukur
melebar sayap hinggap di dahan
berbuatlah kepada makruf dan cegahlah mungkar
agar hidup sentiasa aman...........

pergi mencantas si bunga raya
tersilap kenal si pohon tanjung
sekian sudah nasihat saya
silap sangkal maaf ku kunjung

Monday, March 22, 2010

*Buat Kaum Adam Bergelar Lelaki


Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Jadilah seorang lelaki,Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Jadilah seorang lelaki,Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.
Jadilah seorang lelaki,Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang lelaki,Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Thursday, March 11, 2010

Sebaik-baik manusia bukanlah jika ditanya siapa tuhanya barulah ia ingat akan Allah.
Yang ketika ditanya akan agamanya,barulah ia tersedar dan menjawab Islam.
Yang jika ditanya siapa ikutanya,maka tiada pilihan yang lebih baik kecuali ia akan menjawab Muhammad s.a w

Sunday, March 7, 2010

Kata-kata

kata hendak melihatku...............
senyum dan gembira..............
tetapi tidak ku tersenyum......

kata hendak sayang...............
tetapi tidak ku rasa sayang itu........
kata-kataku kosong baginya.........

konsep bercelaru difikiranya...............
salahkan menterjemahkan kempimpinan............
mencontohi sirah................

masa kian buntu...............
rahsia kian menghatui ku.............
rasa bersalah jika tidak tahu.......
di mana khilaf dan pincang sikap ku..........
ku termanggu diam terpaku....................